PAMERAN PROJEK 2 SEMPENA KONVOKESYEN KALI KE-32 PKB
14/03/2019 : KHAMIS
Pembentangan Kertas Cadangan Projek 1 :
minggu 13-15 (17/03/2019-04/04/2019)
Apa itu projek?
Kursus projek merupakan satu kursus wajib bagi program pengajian tertentu yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi syarat bergraduasi. Projek memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran terdahulu serta mempamerkan keupayaan mereka dalam merealisasikan idea, kreativiti dan inovasi disamping menyelesaikan masalah. Sepanjang pelaksanaan projek, pelajar dibimbing oleh penyelia untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran baharu. Satu laporan projek mengikut format perlu dihantar kepada jabatan dan pencapaian pelajar akan dinilai mengikut kaedah dan format penilaian yang ditetapkan.