Objektif pelaksanaan projek adalah:
- Menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan.
- Mengaplikasikan pengetahuan teori ke situasi praktikal.
- Memperkenalkan pelajar dalam pembangunan dan penyelidikan (R&D).
- Menyediakan peluang untuk pelajar mempamerkan kreativiti.
- Memupuk sikap berdikari pelajar.
- Membuat keputusan dan cadangan berdasarkan fakta-fakta dan hujah yang bernas.
- Menyampaikan hasil projek secara lisan dan bertulis.
- Menggalakkan penghasilan projek yang mempunyai nilai tambah kepada politeknik, komuniti, industri dan negara.
Apakah yang didefinisikan sebagai projek?
Projek merupakan satu tugasan yang ditetapkan sebagai latihan pembelajaran yang memerlukan pelajar melaksanakan penyelidikan dan pembelajaran kendiri. Projek mengaplikasi pengetahuan, konsep dan kemahiran yang diperolehi sepanjang program. Pelajar perlu menggabungkan beberapa aspek pengalaman mereka sepanjang program berkenaan. Projek berasaskan kepada kajian literatur, penyelidikan, penyelesaian masalah, rekabentuk, penghasilan prototaip atau penyediaan perancangan perniagaan.

PEMILIHAN TAJUK PROJEK?
Tajuk projek yang dipilih perlu memenuhi skop dan selaras dengan silibus kursus mengikut program pengajian masing-masing. Cetusan idea projek akhir pelajar adalah daripada pelajar sendiri, penyelia, komuniti setempat atau kolaborasi industri. Penyelia projek perlu mengesahkan tajuk projek yang telah dipilih oleh pelajar. Tajuk projek merupakan tajuk yang telah dipersetujui oleh penyelaras, penyelia, dan pelajar bagi menepati kriteria-kriteria seperti:
i. berpandukan kehendak industri (industry-driven) dan boleh dikomersialkan.
ii. mempunyai ruang nilai penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kualiti projek sedia ada (future
upgrade).
iii. berfokus kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) iaitu:
a) Kuala Lumpur dan kawasan sekitar/ Lembah Klang
b) Minyak, gas dan tenaga
c) Minyak sawit dan getah
d) Pemborongan dan peruncitan
e) Perkhidmatan kewangan
f) Pelancongan
g) Elektrikal dan elektronik
h) Perkhidmatan perniagaan
i) Kandungan dan infrastrukstur komunikasi
j) Pendidikan
k) Pertanian
l) Penjagaan kesihatan

APAKAH JENIS PROJEK YANG BOLEH SAYA JALANKAN?
Projek Pembangunan Produk Tertumpu kepada pembangunan produk (fizikal) bagi memenuhi keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan. Contoh projek: SYSTEM OVERLOAD MACHINES; SMART WHEEL CHAIR; GSM MONEY BOX; SMART ROBOT FLOOR DRYER APAKAH ASAS PEMILIHAN PROJEK? Pemilihan projek yang berkualiti adalah berdasarkan kepada keaslian, penghasilan idea baharu yang kreatif dan inovatif bagi menyelesaikan masalah, menambahbaik produk atau perkhidmatan sedia ada. Pemilihan projek juga boleh berdasarkan kepada kemampuan dalam memberikan impak dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Projek yang boleh diaplikasi mengikut keperluan industri dan komuniti amat digalakkan. Projek yang dijalankan perlu mengambil kira kos keseluruhan serta boleh dilaksanakan di dalam tempoh masa yang diperuntukkan. |
Apa yang dikatakan dengan keaslian projek?
Keaslian projek merujuk kepada ketulenan karya atau idea yang dibangunkan oleh pelajar secara individu atau kumpulan. Projek yang dihasilkan dianggap tidak asli sekiranya wujud unsur plagiat atau cetak rompak. Sekiranya khidmat luar diperlukan, ianya boleh diperolehi dengan kebenaran jabatan. Bagi memastikan keaslian projek, pelajar perlu membuat akujanji bahawa projek yang dilaksanakan adalah hasil daripada idea sendiri. Plagiat: bermaksud amalan membuat sesuatu petikan bahan daripada sumber tertentu tanpa memberikan penghargaan (acknowledgement) kepada penulis asalnya. Bahan tersebut mungkin merupakan satu ayat/perenggan/bahagian ataupun beberapa bahagian ayat yang dicantum. |
Siapakah yang akan membiayai projek saya?
Pada dasarnya, kos keseluruhan projek ditanggung oleh pelajar. Walaubagaimanapun, pelajar boleh berbincang dengan penyelia bagi mendapatkan peruntukkan daripada politeknik sekiranya projek tersebut berkepentingan kepada politeknik. Pelajar juga digalakkan untuk berkerjasama dengan penyelia bagi mendapatkan geran penyelidikan daripada kementerian serta organisasi yang menawarkan geran tersebut. Tajaan atau dana daripada industri atau organisasi luar juga boleh dipohon. |